BM | EN | 中文

Orang ramai dipelawa sertai kempen kesedaran guna video

Kempen-Video-Pendek-Kita-Mesti-Menang-Copy.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 17 APR: Sekretariat Suara Malaysia mempelawa orang ramai untuk menjayakan kempen kesedaran melalui penghasilan video pendek dengan konsep tajuk ‘Kita Mesti Menang’.

Sekretariat program, Ahmad Anwar Asyraf berkata, melalui penghasilan video orang ramai boleh terus mengekalkan disiplin di rumah dan mematuhi arahan pihak berkuasa sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.

“Suara Malaysia ingin mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk sama-sama menghasilkan video pendek dan hantar kepada kami untuk disiarkan setiap hari di laman Facebook kami.

Advertisement

“Video pendek berdurasi 30 saat hingga 1 minit ini boleh merangkumi topik kempen kesedaran pematuhan PKP,” kata Ahmad Anwar dalam satu kenyataan.

Tambahya, video juga boleh merangkumi penghargaan kepada petugas barisan hadapan yang kini sedang berjuang melawan penularan wabak Covid-19.

Sekretariat Suara Malaysia boleh dihubungi melalui talian: 018-2864256 atau melayari laman facebook di pautan facebook.com/SuaraMalaysiaKita
.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top