BM | EN | 中文

Orang ramai dipelawa ambil bahagian tinjauan Belanjawan Johor 2021

Kaji-Selidik-Belanjawan-Johor-2021.png

JOHOR BAHRU, 5 SEPT: Orang ramai dialu-alukan untuk mengambil bahagian dalam tinjauan Belanjawan Johor 2021 yang dibuka kepada pandangan awam mulai 31 Ogos 2020 hingga 30 September 2020.

Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad dalam satu kenyataannya berkata, tinjauan ini adalah usaha kerajaan negeri mendapatkan serta memahami keutamaan dalam menghasil dan membentuk belanjawan yang mengambilkira kebajikan dan kemakmuran semua lapisan masyarakat.

Katanya, tujuh segmen diberi tumpuan, iaitu meningkatkan kesejahteraan rakyat, pembangunan modal insan dan peluang pekerjaan; pemerkasaan ekonomi (termasuk ekonomi digital) dan menarik pelaburan berimpak tinggi; transformasi tadbir urus kerajaan.

Turut diberi keutamaan adalah segmen kelestarian alam sekitar; penyediaan infrastruktur dan pengangkutan awam; pemerkasaan syiar Islam, warisan dan kebudayaan serta perpaduan dan keselamatan, pemerkasaan wanita dan belia.

“Kesemua segmen ini dirangka untuk menghasilkan pelan perancangan jangka panjang bagi mendepani ketidaktentuan ekonomi global dan penularan wabak COVID-19,” katanya.

Selain itu kata Hasni, dapatan itu adalah sebahagian daripada Kaji Selidik bagi Penyediaan Dokumen Rancangan Johor Lima (5) Tahun (2021-2025).

Maklumbalas itu katanya adalah penting dalam usaha memastikan Penyediaan Dokumen Perancangan yang berkesan dan komprehensif.

Pandangan orang ramai boleh dibuat dengan melayari pautan berikut http://bit.do/BelanjawanJohor2021

Belanjawan Johor 2021 akan dibentangkan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Johor pada 19 November ini.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top