BM | EN | 中文

Orang ramai di Johor disaran sanitasi kediaman sendiri – Exco

Vidyananthan-Ramanadhan-Kahang.jpg

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R. Vidyananthan.

Advertisement

JOHOR BAHRU, 22 APR: Pemilik kediaman masing-masing di negeri Johor disarankan untuk melakukan sanitasi rumah mereka sendiri, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar, R. Vidyananthan.

“Saya menyarankan orang ramai mengamalkan proses sanitasi yang dilaksanakan ini di kediaman masing-masing menggunakan bahan peluntur dengan 1:10 iaitu 1 liter bahan peluntur dan 10 liter air bagi bersama-sama mengekang penularan wabak ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, orang ramai boleh mengajukan sebarang pertanyaan atau aduan dengan menghubungi terus ke Bilik Gerakan Covid-19 negeri Johor di talian 07-335 5060.

Advertisement

Vidyananthan turut berkata, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri Johor telah melaksanakan operasi sanitasi awam Covid-19 di keseluruhan 1,062 lokasi di seluruh negeri Johor sejak 27 Mac sehingga 21 April 2020.

Kesemua lokasi tersebut masing-masing melibatkan 443 buah bangunan kerajaan, rumah ibadat (120), tempat awam (240) dan lokasi lainlain (259).

“Operasi ini mendapat kerjasama yang baik dari semua agensi dan orang ramai dalam usaha kerajaan dalam mengekang penularan pandemik
Covid-19 ini seterusnya dapat mengurangkan kebimbangan masyarakat terhadap tempat tumpuan awam.

Advertisement

Terdahulu beliau memaklumkan pada semalam, sebanyak 41 lokasi telah dirancang bagi dilaksanakan operasi sanitasi awam Covid-19 di
sepuluh daerah di negeri Johor.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top