BM | EN | 中文

ORANG AWAM PERLU JADI ‘MATA DAN TELINGA’, PANTAU PENCEROBOHAN HUTAN DI JOHOR

tan-chen-choon-4.jpg
Advertisement

MERSING, 11 DIS: Orang awam di Johor perlu secara sukarela ‘menjadi mata dan telinga’ kepada kerajaan bagi memantau kegiatan pembalakan dan penerokaan tanah secara haram di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar, Tan Chen Choon berkata, ini kerana sektor perhutanan di Johor berperanan sebagai salah satu penyumbang kepada hasil kerajaan negeri.

“Kerajaan negeri memandang serius kegiatan menceroboh, meneroka dan mencuri hasil hutan yang tidak boleh dibiarkan sekali gus perlu dibendung bagi mengelakkan kerosakan kepada ekosistem hutan dan alam sekitar.

Advertisement

“Saya mengajak semua pihak termasuklah orang awam untuk bersama-sama menjadi mata dan telinga kepada kerajaan negeri dalam usaha membanteras kegiatan pencerobohan dan kecurian hasil hutan oleh pihak tidak bertanggungjawab,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sambutan Hari Konservasi Ekosistem Hutan Paya Laut Antarabangsa Peringkat Johor 2019, di sini, semalam.

Chen Choon yang juga Adun Jementah berkata, kerajaan Johor komited dalam usaha pemeliharaan dan pemuliharaan hutan dan berharap jalinan muafakat dan kerjasama oleh jabatan berkaitan berperanan dalam menjaga alam semula jadi dan pemeliharaan kawasan hutan.

Advertisement

“Sehingga penghujung 2018 seluas 220 hektar kawasan hutan paya laut dan pesisiran pantai di Johor telah menjalankan projek penanaman pokok,” katanya.

Berikutan itu, beliau berkata, program seumpama ini berjaya membantu mempromosikan Johor dengan menjadikan kawasan pesisiran pantai sebagai lokasi menarik dan boleh dikunjungi kepada pelancong bagi menikmati keindahan lanskap serta panorama pantai peranginan.

Difahamkan, sejumlah 531,000 pokok yang terdiri daripada spesis bakau dan rhu selain spesis-spesis lain telah berjaya ditanam di kawasan hutan paya laut dan pesisiran pantai di negeri ini.

Advertisement

Dalam pada itu, beliau memberitahu, pihaknya kini sedang memohon peruntukan tambahan dari Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli menerusi Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia bagi melaksanakan pemuliharaan semula kawasan-kawasan hutan paya laut.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top