BM | EN | 中文

OPS SAR RAKYAT SINGAPURA YANG HILANG BERKAYAK DI MERSING, DIHENTIKAN

Ops-SAR-rakyat-Singapura-yang-masih-hilang-ketika-berkayak-di-Mersing-ditamatkan.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 19 OGOS: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang daripada dua rakyat Singapura yang masih hilang ketika berkayak di perairan Mersing pada 8 Ogos, ditamatkan pada pukul 9 malam tadi selepas tiada petunjuk baharu ditemukan oleh pasukan penyelamat.

Pengarah Maritim Negeri Johor Laksamana Pertama Maritim Aminuddin Abdul Rashid berkata operasi bagaimanapun akan diaktifkan semula jika terdapat petunjuk baharu dijumpai.

“Operasi ditamatkan kerana tiada lagi sebarang petunjuk baharu ditemukan selepas menjumpai mangsa wanita (salah seorang mereka) pada 14 Ogos,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Advertisement

Bernama melaporkan Aminuddin sebagai berkata, operasi telah dijalankan selama 10 hari meliputi skop pencarian dari udara, permukaan laut, pesisir pantai dan di pulau-pulau yang melibatkan seramai 155 anggota, lima aset udara dan 11 aset laut dari pelbagai agensi dengan anggaran kos operasi sebanyak RM431,380.

Puah Geok Tin, 57, bersama Tan Eng Soon, 62, dilaporkan hilang setelah terpisah daripada 13 rakan mereka ketika berkayak di perairan Mersing.

Mereka terpisah berikutan laut bergelora dan angin kuat ketika itu namun mayat Puah telah ditemui di kedudukan lima batu nautika timur Kuala Kemaman, Terengganu pada 14 Ogos lepas manakala mayat Tan belum dijumpai.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top