BM | EN | 中文

Ops Noda: 18 wanita Vietnam dicekup di Taman Sri Tebrau

ops-noda-taman-sri-tebrau.jpg

Gambar Ehsan Sinar Harian

Advertisement

JOHOR BAHRU, 22 APR: Seramai 18 wanita warga Vietnam berusia di antara 23 hingga 51 tahun ditahan dalam serbuan Ops Noda di Medan Selera Taman Sri Tebrau pada malam Selasa.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain berkata, ketika serbuan pada jam 10.10 malam, beberapa wanita dipercayai pelayan pelanggan cuba melarikan diri.

“Serbuan dilakukan selepas menerima aduan awam. Ketika tiba di lokasi kita mendapati pelanggan sedang makan dan minum minuman beralkohol,” katanya dalam satu kenyataan pada semalam.

Advertisement

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan kesemua mereka direman selama 14 hari bagi membantu siasatan selain untuk semakan rekod pergerakan keluar dan masuk Malaysia melalui Jabatan Imigresen Malaysia.

Kes disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, serta Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963.

Serbuan dilakukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan.

Advertisement

Katanya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan jenayah boleh menghubungi terus di talian hotline IPD Johor Bahru Selatan di talian 07-2182323.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top