BM | EN | 中文

OPERATOR KILANG KANTOI MENCURI DI PASARAYA 

barang-curian-e1568791301345.jpg

ISKANDAR PUTERI, 18 SEPT : Seorang operator kilang ditahan polis selepas disyaki mencuri pelbagai barang di sebuah pasaraya di Taman Pulai Utama dekat Kangkar Pulai, di sini, petang semalam.

Wanita berusia 38 tahun yang mempunyai rekod lampau berkaitan kes dadah itu ditahan kira-kira jam 4 petang.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Dzulkhairi Mukhtar berkata, juruwang pasaraya terlihat suspek bersama suaminya sedang memegang barang-barang, kira-kira jam 3.40 petang.

“Selepas itu, dia ternampak suspek memasukkan barang-barang tersebut ke dalam begnya sebelum keluar dari pasaraya bersama barang-barang tersebut tanpa membuat bayaran.

“Kemudian, juruwang itu bersama dengan seorang lagi pekerja menahan suspek tersebut di luar pasaraya sebelum menghubungi pihak polis,” katanya.

Tambahnya lagi, antara barang yang dicuri suspek termasuklah payung, minyak wangi, beg kertas, gula-gula, kad ucapan dan sebagainya.

“Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan,” katanya lagi.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top