BM | EN | 中文

OPERASI TERMINAL FERI KUKUP DIALIH KE PUTERI HARBOUR BERMULA SEPTEMBER 2019

terminal-feri-kukup.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 30 OGOS: Operasi Terminal Feri Antarabangsa Kukup dekat Pontian akan dihentikan sementara mulai 1 September ini dan operasinya akan dialih ke Terminal Feri Antarabangsa Puteri Harbour, di Iskandar Puteri, mulai hari sama.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur negeri, Mohd Solihan Badri berkata penghentian sementara itu berikutan langkah kerajaan negeri menamatkan konsesi syarikat yang mengendalikan terminal tersebut ketika ini, atas sebab-sebab tertentu.

“Kami (kerajaan Johor) sudah memberikan nasihat dan amaran kepada syarikat konsesi tetapi ianya tidak dipenuhi.

Advertisement

“Jadi, mulai 1 September ini kita akan menghentikan operasi di situ (Terminal Feri Antarabangsa Kukup) dan kita akan alihkan perkhidmatan terminal yang menyediakan perjalanan feri ke Tanjung Balai, Indonesia itu ke Terminal Puteri Harbour,” katanya, lapor Bernama.

Mohd Solihan berkata mulai 1 September juga pengendalian Terminal Feri Antarabangsa Kukup itu akan diuruskan Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ) buat sementara waktu sehingga keputusan melantik pengendali baharu dilakukan kerajaan negeri.

Beliau berkata pihak Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dan jawatankuasa terlibat sudah mengadakan mesyuarat berhubung penghentian operasi Terminal Feri Antarabanga Kukup, bulan lepas.

Advertisement

Katanya Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Johor kemudian dimaklumkan dan membuat keputusan penghentian operasi itu, minggu lepas.

“Konsesi akur dan mulai memindahkan peralatan serta hentikan operasinya. Jabatan Laut Malaysia juga sudah memberikan notis kepada pelanggan untuk perkhidmatan feri beroperasi sehingga 31 Ogos ini kerana kita tidak mahu penghentian operasi ini dilakukan secara mengejut,” katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top