BM | EN | 中文

Operasi terminal feri di Johor diselaras Perintah Kawalan Pergerakan

yb-solihan-e1578565998949.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 18 MAC: Operasi terminal feri antarabangsa dan domestik di Johor diselaraskan mengikut tatacara mengikut pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

Pengerusi Jawatakuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri Johor, Mohd Solihan Badri berkata langkah itu berkuatkuasa pada 18 Mac sehingga 31 Mac bersesuaian arahan kerajaan Malaysia mengenai penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan berikutan penularan wabak Covid-19.

“Pergerakan warganegara Malaysia untuk keluar negara bagi tujuan melancong dan sosial akan dikenakan sekatan menyeluruh, namun tiada sekatan terhadap warganegara Malaysia yang ingin memasuki Malaysia.

Advertisement

“Bagi bukan warganegara Malaysia pula yang ingin keluar dari Malaysia tiada sekatan dilakukan, namun kemasukan bagi bukan warganegara Malaysia akan dikenakan sekatan,” kata Solihan dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu beliau turut menasihatkan operator terminal dan syarikat feri berbincang dengan agensi-agensi yang terlibat bagi penyusunan semula slot perjalanan.

Ia juga bertujuan menentukan bilangan slot yang bersesuaian bagi mengelakkan pembaziran kos operasi.

Advertisement

ADUN Tenang itu berkata para penumpang perlu mematuhi perintah yang dikeluarkan dan mengikuti segala langkah-langkah keselamatan yang disarankan oleh kerajaan Malaysia.

“Sebarang perubahan dan pindaan akan dimaklumkan dari masa ke semasa,” kata Solihan lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top