BM | EN | 中文

Operasi sekolah di Johor ikut fasa dua PPN

sekolah-KPM-covid-19.jpg

Gambar Ehsan Karangkraf

Advertisement

JOHOR BAHRU, 10 OKT: Pengoperasian institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) di Johor kekal dibuka pada 10 Oktober dengan berdasarkan ketetapan pengoperasian negeri Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN).

KPM dalam kenyataan memaklumkan kementerian itu menetapkan sekiranya sesebuah negeri beralih ke fasa seterusnya, pengoperasian institusi pendidikan di bawah KPM mengikut ketetapan fasa baharu hanya akan dilaksanakan selepas dua minggu dari tarikh peralihan.

Johor beralih ke Fasa Dua PPN pada 24 September lepas dan memasuki Fasa Tiga berkuat kuasa Jumaat.

Advertisement

Pengoperasian Fasa Dua melibatkan murid berkeperluan khas (MBK) di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK), Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional (SMPKV) dan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI).

Ia turut meliputi murid Tingkatan Enam Semester Dua, Program Prauniversiti Semester Tiga di Sekolah Sukan Malaysia dan murid kelas peperiksaan antarabangsa (IGCSE O-Level, A-Level, Australia Higher School Certificate dan International Baccalaureate Diploma Programme).

“Operasi institusi pendidikan mengikut ketetapan Fasa Tiga akan bermula pada 24 Oktober melibatkan murid prasekolah, kelas peperiksaan awam di sekolah asrama sepenuhnya, sekolah harian atau sekolah swasta, prauniversiti Sekolah Sukan Malaysia serta kelas peperiksaan antarabangsa yang lain,” menurut KPM.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top