BM | EN | 中文

OPERASI SEKOLAH BERSAMBUNG JIKA KUALITI UDARA SELAMAT

WhatsApp-Image-2019-08-23-at-12.59.52-PM.jpeg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 27 OGOS: Dua buah sekolah yang diarahkan tutup selama dua hari akibat dari kebakaran hutan yang berlarutan di Kampung Pekajang, Gelang Patah akan dibenarkan untuk dibuka semula esok jika keadaan disahkan selamat.

Menurut Timbalan Jabatan Pendidikan (Pengurusan Sekolah) Johor Ab Rahim Lamin, langkah berjaga-jaga akan diambil bagi memastikan keselamatan warga sekolah yang terlibat, iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Adang, terjamin.

Ini, menurut Ab Rahim, termasuk meminta warga sekolah memakai topeng muka yang dibekalkan serta memberikan kebenaran kepada penghidap asthma untuk tidak hadir.

Advertisement

“Bagaimanapun, sekiranya Jabatan Alam Sekitar (JAS) dapati keadaan belum selamat, cuti akan disambung cuti. Keputusan bergantung kepada pemantauan kualiti udara yang akan dijalankan di kawasan sekolah petang ini,” Ab Rahim berkata apabila dihubungi Johorkini sebentar tadi.

Ab Rahim turut berterima kasih kepada agensi-agensi kerajaan dan semua pihak yang bertungkus-lumus bertugas dalam operasi memadam kebakaran di kawasan tersebut.

Pemangku Raja Johor, yang jugaa Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim baru-baru ini menitahkan supaya kedua-dua buah sekolah itu ditutup kerana bimbang kesihatan warga sekolah terjejas memandangkan kedudukan sekolah yang terletak berdekatan dengan kawasan kebakaran.

Advertisement

Terdahulu, Ketua Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Johor Mohamad Faizul Selamat berkata pihaknya akan menggunakan teknik “banjir sepenuhnya” bagi memadam baki 30 peratus kawasan hutan yang masih terbakar.

Selain itu, JBPM juga akan berusaha memadam kebakaran dengan teknik semburan langsung selain teknik firebreak – membina sempadan parit diisikan air – bagi membendung kebakaran dari merebak.

Tambahnya lagi, faktor hujan yang akhirnya mula turun juga dijangka membantu operasi hari ini.

Advertisement

“Dua hari lepas hujan hanya gerimis, macam hari ini ada hujan lebat, kalau hujan berterusan selama tiga jam dan seterusnya, boleh membantu dalam operasi pemadaman,” beliau dipetik oleh Bernama.

Operasi memadam kebakaran di Kampung Pekajang, Gelang Patah hari ini melibatkan 140 anggota dan 30 aset JBPM selain turut dibantu agensi lain seperti Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Johor.

 

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top