BM | EN | 中文

Operasi premis perniagaan di Johor dipendekkan, hanya sehingga 7 malam

Vidyananthan-Ramanadhan.jpg

Gambar Ehsan FB Darul Ta'zim

JOHOR BAHRU, 23 MAC: Kerajaan negeri Johor memendekkan tempoh operasi premis perniagaan, menurut Exco Kesihatan dan Alam Sekitar, Vidyananthan Ramanadhan.

Dalam kenyataannya hari ini beliau berkata, , langkah itu seiring Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikeluarkan oleh kerajaan.

Katanya, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Johor perlu membuat ketetapan bagi premis perniagaan di kawasan masing-masing.

Namun kata Vidyananthan, kerajaan negeri Johor telah membuat garis panduan bagi tempoh operasi perniagaan seperti berikut:

Premis dan (Tempoh Operasi)

Kedai Makan (7.00 pagi hingga 7.00 malam)
Kedai Serbaneka di Stesen Minyak (7.00 pagi hingga 7.00 malam)
Kedai Runcit Serbaneka 24 jam (7.00 pagi hingga 7.00 malam)
Pasaraya (Tutup pada 7.00 malam)
Pasar Malam, Pasar Tani dan Pasar Pagi (Tidak dibenarkan operasi)

Dalam pada itu kata Vidyananthan para peniaga dan orang ramai diminta merujuk kepada arahan PBT di kawasan masing-masing bagi waktu operasi yang akan digunakan.

“Dengan penguatkuasaan had waktu operasi perniagaan yang telah dilaksanakan ini, diharap semua warga Johor dapat mematuhi arahan PKP dan sentiasa berada di rumah,” kata ADUN Kahang itu.

Beliaut turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada para penyumbang daripada sektor swasta kerana sudi menyumbang kepada Tabung Bencana Negeri Johor.

“Terima kasih yang tidak terhingga juga diucapkan kepada para petugas kesihatan dan keselamatan yang menjadi frontliners kepada kerajaan serta sentiasa bersedia dan responsif dalam menjalankan tugas tanpa mengira masa dan penat lelah dalam menangani penularan jangkitan COVID-19 ini,” katanya lagi.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top