BM | EN | 中文

Operasi pengurusan sisa seperti biasa dalam tempoh sekatan pergerakan – SWM Environment

SWM-Environment.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 2 JUN: SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM Environment) akan melaksanakan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam seperti biasa di 15 kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri Johor mengikut jadual yang telah ditetapkan.

SWM Environment dalam satu kenyataan memaklumkan, kerja-kerja pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam akan dibuat sepanjang tempoh penguatkuasaan Sekatan Pergerakan Penuh (Total Lockdown) Fasa 1 yang bermula dari 1 hingga 14 Jun hadapan.

Pengurus Besar Korporat, Mohd Norlisam Mohd Nordin berkata, pengalaman semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 lalu menjadi panduan SWM Environment untuk menguruskan janaan sisa buangan para penduduk.

Advertisement

Mohd Norlisam Mohd Nordin

Justeru itu, beliau memohon kerjasama para penduduk untuk memastikan tiada sebarang halangan kenderaan di sepanjang laluan operasi perkhidmatanserta di sekitar tong sampah beroda (TSB) dan rumah sampah berpusat.

“Para penduduk disarankan untuk menguruskan sisa buangan mereka secara tertib terutamanya sisa pelitup muka bagi mengelakkan risiko jangkitan wabak COVID-19,” kata Mohd Norlisam.

Tambah beliau orang ramai diseru melaksanakan kaedah Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca dan memanfaatkan Program KITARecycle dengan aplikasi mudahalih dan mata ganjaran untuk ditebus kepada wang.

Advertisement

Program itu membantu menguruskan barangan kitar semula khususnya bungkusan plastik dan kotak barangan pembelian dalam talian yang dijangka meningkat sepanjang tempoh berkenaan.

Tambah beliau, saluran komunikasi awam SWM Environment yang merangkumi Talian Indahkan Malaysia 1-800-88-7472 dan Talian WhatsApp SWM di 012-618 0082.

Manakala operasi pengambilan tong sampah beroda di Depoh SWM Kangkar Tebrau, Kulai, Pontian, Kota Tinggi, Mersing, Simpang Renggam dan Kluang akan beroperasi seperti biasa mengikut prosedur piawaian operasi (SOP) Sekatan Pergerakan Penuh yang telah ditetapkan.

Advertisement

Beliau turut memaklumkan SWM Environment secara berterusan memberikan kesedaran kepada warga kerja barisan hadapannya tentang pencegahan penularan wabak COVID-19 dan mempersiapkan mereka dengan kelengkapan perlindungan diri (PPE) sejak tahun lalu.

“Malah, SWM Environment juga meneruskan kerjasama erat dengan pihak Jabatan Kesihatan Negeri Johor bagi menjayakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) secara berperingkat sejak bulan April lalu,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top