BM | EN | 中文

Operasi pembersihan diteruskan, Bomba siap sedia jika berlaku lagi banjir

bomba-yahya.jpg

Yahya (kanan) ketika menjalani ujian saringan kesihatan pada program Bomba Prihatin Masyarakat Sihat

Advertisement

JOHOR BAHRU, 26 DIS: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor meneruskan operasi pembersihan di kawasan-kawasan yang terlibat dengan banjir di sekitar negeri ini.

Pengarahnya, Datuk Yahya Madis berkata, operasi tersebut menumpukan kepada tempat tempat awam seperti dewan orang ramai, tempat ibadat, bangunan sekolah serta jalanraya yang terjejas.

“Bagi rumah persendirian pula, pihak bomba hanya akan menjalankan operasi pembersihan seperti gotong royong, ke atas rumah orang kurang upaya (OKU) dimana jika penghuni rumah tersebut tidak mampu untuk melakukan pembersihan sendiri,” katanya.

Advertisement

Beliau berkata demikian kepada wartawan dalam  sidang media sebelum menghadiri program Bomba Prihatin Masyarakat Sihat (Derma Darah) dengan kerjasama KPJ Johor di hotel Grand Paragon, di sini, hari ini.

Yahya berkata, walaupun keadaan banjir di Johor semakin pulih, pihak bomba sentiasa dalam keadaan siap siaga jika berulang lagi bencana banjir di negeri ini.

“Peralatan-peralatan sedia ada yang digunakan pada bencana banjir kini sedang diselenggara selain ‘post-mortem’ bagi menambah baik operasi menyelamat sedang diadakan bagi memastikan pihak bomba berada dalam keadaan siap sedia jika dilanda banjir lagi.

Advertisement

“Setakat ini, hanya di Segamat, beberapa orang mangsa masih terjejas akibat fenomena ‘banjir termenung’ di daerah itu,” katanya.

Beliau berkata, Johor mempunyai hampir 1,400 pegawai Bomba dimana kesemua pegawai tersebut akan digerakkan bagi membantu operasi jika berlaku bencana banjir di negeri ini.

“Walau bagaimanapun, cuti pegawai bomba tidak dibekukan tetapi mereka harus berada dalam keadaan sedia jika dipanggil untuk bertugas pada hari cuti,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top