BM | EN | 中文

Operasi pemadaman kebakaran tapak pelupusan sampah di Tanjung Langsat ditamatkan

operasi-pemadaman-kebakaran.jpg

Operasi pemadaman kebakaran tapak pelupusan sampah di Jalan Nibong, Kawasan Perindustrian Tanjung Langsat, di sini, ditamatkan hari ini pada hari ke-12

PASIR GUDANG, 13 FEB : Operasi pemadaman kebakaran tapak pelupusan sampah di Jalan Nibong, Kawasan Perindustrian Tanjung Langsat, di sini, ditamatkan hari ini pada hari ke-12.

Operasi berkenaan diketuai Peguasa Kanan Bomba I Mohamad Faizul Selamat dan Pegawai Bomba Kanan II Razali Husein@Mohsin.

Katanya, operasi pemadaman di tapak pelupusan sampah seluas enam ekar dijalankan sejak 2 Februari lepas.

“Pusat Gerakan Operasi (PGO) Johor menerima panggilan kecemasan kebakaran tapak pelupusan sampah melalui talian terus ke balai pada 2 Februari lepas kira-kira jam 4.11 petang dan seterusnya menghantar satu jentera FRT, satu jentera Foam Tender, satu Utiliti Lori lima Tan dari Balai Bomba Penyelamat Pasir Gudang dengan kekuatan anggota seramai 16 anggota.

“Operasi pemadaman turut dibantu oleh 10 orang dari Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), tiga orang dari Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan tiga orang dari Jabatan Tanah dan Galian menggunakan tiga unit jengkaut (excavator) dari MPPG, dua unit pam angkut GP1010 (JBPM) dan tiga (3) unit Portable Monitor (JBPM),” katanya dalam satu kenyaaan, di sini, hari ini.

Tambah beliau lagi, operasi pemadaman terbahagi kepada tiga bahagian iaitu bahagian A menggunakan lima aliran lima pancutan TFT Nozel dari jentera Foam Tender, bahagian B menggunakan dua aliran dua pancutan TFT Nozel serta tiga aliran tiga pancutan Potable monitor.

“Manakala, bahagian C menggunakan satu aliran dua pancutan TFT Nozel, sumber air pili bomba berhampiran dimasukkan kedalam kolam tadahan dan dipam menggunakan Foam Tender ke kawasan pemadaman,” katanya yang memberitahu operasi pemadaman ditamatkan kira-kira jam 12 tengahari tadi.

 

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top