BM | EN | 中文

Operasi pelupusan sampah  TP Tanjung Langsang dilencongkan ke TPSS

tan-chen-choon.jpg

Tan Chen Choon

JOHOR BAHRU, 4 FEB: Kerajaan negeri mengambil maklum malah memandang serius situasi kebakaran di Tapak Pelupusan (TP) Tanjung Langsat yang berlaku sejak Ahad lepas.

Exco Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar negeri, Tan Chen Choon berkata, sehingga kini usaha pemadaman sedang giat dilaksanakan oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Katanya, manakala pemantauan kualiti udara secara berterusan dilakukan oleh pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Johor.

“Bagi melancarkan operasi pemadaman sepenuhnya tersebut, pihak Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) selaku pihak pengurusan tapak pelupusan berkenaan telah mendapat

kelulusan daripada pihak SWCorp Negeri Johor untuk melencongkan operasi pelupusan sampah.

“Ia membabitkan dari TP Tanjung Langsat ke Tapak Pelupusan Sanitari Seelong (TPSS) selama sebulan

bermula 2 Februari sehingga 2 Mac.

“Sebagai pencerahan, operasi pemadaman sepenuhnya dilaksanakan membabitkan proses penyejukkan tapak dan kerja membaikpulih tapak berkenaan untuk beroperasi seperti biasa kelak,” katanya dalam satu kenyataan.

Chen Choon yang juga Adun Jementah berkata, justeru itu, anggaran masa selama sehingga empat minggu diperlukan bagi memastikan operasi berkenaan dilaksanakan dengan efektif.

“Sebarang perkembangan terkini berhubung situasi kebakaran di TP Tanjung Langsat akan dimaklumkan dari semasa ke semasa berdasarkan pemantauan berterusan oleh saya sendiri dan agensi yang berkaitan,” katanya lagi.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top