Anggota bomba berusaha memadam kebakaran
PASIR GUDANG, 11 SEPT : Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) masih giat menjalankan operasi pemadaman di kawasan pengumpulan sampah berhampiran Lebuhraya Pasir Gudang Lama berdekatan Tongsan Estet Plentong, di sini.
Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang, Pegawai Bomba Kanan II Iszahwati Supardi berkata, operasi telah masuk hari kelima, 50 peratus dari keseluruhan kawasan yang seluas lebih kurang lima ekar.
“Pada masa kini juga, tiada lagi api yang menyala. Hanya terdapat asap dari timbunan sampah tersebut sahaja,” katanya.
Beliau memaklumkan satu jentera membabitkan sembilan anggota dari BBP Pasir Gudang terlibat dalam operasi itu.
“Dua ‘Water Tanker’ serta dua jengkaut turut terlibat dalam operasi ini. Agensi lain turut memberi bantuan termasuk polis bantuan dan SWM,” katanya lagi.
Johorkini