BM | EN | 中文

Operasi nyahcemar mula di Batu Pahat, diikuti daerah lain

nyahcemar-sanitasi-covid-19-sp.jpg

Gambar Ehsan FB SWCorp Negeri Johor

Advertisement

JOHOR BAHRU, 1 APR: Operasi nyahcemar dan sanitasi di kawasan-kawasan yang terkesan akibat penularan Covid-19 akan dimulakan di Batu Pahat, diikuti daerah-daerah lain di negeri Johor.

Perkara tersebut dinyatakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar, Vidyananthan Ramanadhan, berhubung situasi semasa kes Covid-19 di negeri ini, semalam.

“Operasi tersebut akan dimulai dengan Daerah Batu Pahat iaitu daerah ketiga kes Covid-19 tertinggi di negeri Johor diikuti daerah-daerah lain secara berfasa.

Advertisement

“Walaubagaimanapun dalam masa yang sama sanitasi di Kg. Sinaran Baru dan Simpang Renggam akan diteruskan,” katanya dalam satu kenyataan media, semalam.

Tambah belliau pegawai Kkesihatan di setiap daerah akan menetapkan lokasi-lokasi dikenal pasti perlu untuk dilaksanakan operasi sanitasi dan nyahcemar di daerah masing-masing terutama di lokasi yang merekodkan jumlah kes positif tinggi dan lokasi-lokasi tumpuan orang ramai.

Terdahulu, operasi sanitasi nyahkuman telah dijalankan pada 30 Mac di beberapa lokasi yang ditetapkan sekitar kawasan Kg. Sinaran Baru, Kempas dan enam zon di Bandar Baru Simpang Renggam, Kluang.

Advertisement

“Pihak kerajaan melalui Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Johor bersama SWCorp dan pelbagai agensi persekutuan dan negeri akan bekerjasama melakukan proses disinfeksi dan sterilisasi di sekitar kawasan-kawasan tumpuan umum,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top