BM | EN | 中文

Operasi mahkamah di Menara MSC Cyberport Johor Bahru ditangguh untuk proses sanitasi

Menara-MSC-Cyberport-Johor-Bahru.png
Advertisement

PUTRAJAYA, 30 OKT: Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat mengarahkan supaya operasi mahkamah di Menara MSC Cyberport di Johor Bahru, ditangguhkan bagi menjalankan kerja-kerja sanitasi dan langkah-langkah pencegahan berikutan kes positif COVID-19.

Mengikut kenyataan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan (PKPMP), operasi Mahkamah Tinggi Sivil, Mahkamah Rendah Sivil, Pusat Mediasi Mahkamah dan kaunter-kaunter perkhidmatan mahkamah di menara berkenaan, ditangguhkan selama 14 hari berkuat kuasa 1 hingga 14 Nov.

Panduan pengendalian kes mahkamah yang dikeluarkan PKPMP pada 17 Mac lepas dan panduan pendengaran kes secara dalam talian yang dikeluarkan pada 26 Mac dan 24 April, terpakai sepanjang penangguhan sementara operasi mahkamah.

Advertisement

Antara panduan berkenaan adalah perbicaraan dan pendengaran kes sivil dan jenayah ditangguhkan dan penetapkan tarikh perbicaraan dan pendengaran baru akan dimaklumkan kemudian.

Bagi panduan pendengaran kes secara dalam talian, pihak dalam kes mahkamah boleh memohon kepada mahkamah untuk pendengaran kes sivil secara dalam talian, dengan persetujuan pihak-pihak dalam kes berkenaan.

Menurut PKPMP, pemakaian panduan perlu diubah suai dengan mengambil kira keperluan mahkamah masing-masing dan tarikh pemakaian.

Advertisement

Agensi kerajaan, peguam dan orang awam yang mempunyai sebarang pertanyaan mengenai perkara berkenaan, boleh menghubungi Pendaftar dan Pegawai Mahkamah;

Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya Hasbi Hasan (03-88803702 / 012-2098648 / hasbi@kehakiman.gov. my).

Pendaftar Mahkamah Rendah Malaya M. Bakri Abd Majid (03-88809418 / 019-9851333 / mbakri@kehakiman.gov.my).

Advertisement

Pengarah Mahkamah Negeri Johor Mohamad Haldar Abd. Aziz (012-7696352 / haldar@kehakiman.gov.my).

Timbalan Pendaftar Pentadbiran Mahkamah Johor Bahru Azureen Sahira Sauffee (019-3108313 / azureen@kehakiman.gov.my).

Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Rendah Johor Bahru Mohd Zulhilmi Ibrahim (012-7234443 / zulhilmi@kehakiman.gov.my).

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top