BM | EN | 中文

Operasi klinik swasta di Johor bergantung PBT, namun dibenarkan hingga 10 malam

Vidyananthan-Ramanadhan.jpg

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Johor, R. Vidyananthan

Advertisement

JOHOR BAHRU, 2 JUN: Operasi klinik perubatan swasta persendirian di Johor sepanjang perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) adalah mengikut waktu operasi yang telah ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Namun, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan berkata, waktu operasi paling lewat adalah sehingga jam 10.00 malam.

“Berkenaan operasi klinik-klinik perubatan swasta persendirian sepanjang PKPB, ia adalah mengikut waktu operasi yang telah ditetapkan
oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) masingmasing.

Advertisement

“Setakat ini waktu operasi paling lewat adalah sehingga jam 10.00 malam,” kata dalam satu kenyataan hari ini.

BACA: Adun Mengkibol dan Mahkota serah sumbangan kepada pemandu bas ekspres Kluang

Dalam pada itu katanya, permohonan kebenaran untuk klinik-klinik perubatan swasta melakukan ujian saringan COVID-19 perlu mendapatkan kelulusan daripada Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta, Bahagian Amalan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Advertisement

Tambah beliau prosedur operasi standard (SOP) Keselamatan dalam Garis Panduan Pengurusan COVID-19 Versi 5/2020 telah diedarkan kepada semua klinik perubatan swasta di negeri Johor sebagai panduan pengoperasian.

“Pemantauan oleh pihak Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) turut dilakukan dari semasa ke semasa bagi memastikan SOP ini dipatuhi oleh semua klinik yang terlibat,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top