BM | EN | 中文

Operasi klinik pakar, rawatan pesakit luar di hospital Johor seperti biasa

Hospital-Sultanah-Aminah-Johor-Bahru-HSA-JB.jpg

Gambar Hiasan (Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru / Ehsan kinderasia.com)

Advertisement

JOHOR BAHRU, 17 MEI: Kerajaan negeri Johor sedar kebimbangan masyarakat yang perlu mendapatkan rawatan di klinik-klinik pakar dan rawatan pesakit luar di hospital kerajaan di negeri ini.

Justeru itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri. R. Vidyananthan berkata operasi kedua-dua jabatan itu tidak berubah dan kekal seperti asal.

“Waktu operasi klinik pakar tidak berubah dan adalah seperti asal.

Advertisement

“Tiada waktu tambahan dan tiada klinik pakar yang ditutup bagi meneruskan kesinambungan perawatan pesakit luar atau klinik pakar, tetapi beroperasi dengan kawalan serta langkah-langkah pencegahan penularan wabak Covid-19,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Antara langkah diambil bagi mengawal laluan orang ramai, pintu laluan masuk tertentu sahaja yang dibuka di semua Klinik Pakar.

Manakala kawalan di pintu untuk pemeriksaan suhu dan gejala (demam, batuk, selesama) dilakukan untuk semua pesakit/ waris yang hadir untuk temujanji klinik.

Advertisement

Selain itu pematuhan dan arahan cuci tangan (hand sanitizer) diberikan dengan pemakaian penurup hidung dan mulut diwajibakan kepada pesakit atau waris yang bergejala.

“Pesakit atau waris juga perlu mengisi borang deklarasi Covid-19 danmereka yang didapati bergejala atau mempunyai sejarah seperti diatas, pesakit atau waris akan dirujuk ke Kaunter Saringan Demam di Jabatan Kecemasan,” katanya.

Kata Vidyananthan jumlah temujanji pesakit dikurangkan sebanyak 50 peratus daripada jumlah temujanji biasa sebelum Covid-19 dengan cara menukarkan tarikh temujanji (yang tidak urgent) atau memanjangkan tarikh temujanji baru beserta bekalan ubat yang mencukupi.

Advertisement

“Ini adalah bagi memastikan keadaan yang sesak di Klinik Pakar dan waktu temujanji secara berperingkat diperkukuhkan.

“Waris atau pengiring pesakit adalah dihadkan kepada seorang sahaja bagi setiap pesakit dan keutamaan kepada yang memerlukan kerusi roda.

“(Manakala) pematuhan penjarakan sosial di ruang menunggu klinik pakar di mana kerusi ditanda untuk penjarakan sosial,” ujarnya lanjut.

Advertisement

Menurut beliau lagi, jumlah kedatangan pesakit di semua klinik pakar di 12 hospital kerajaan negeri Johor bermula 1 Mac 2020 sehingga 30 April 2020 adalah seramai 132,045 orang.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top