BM | EN | 中文

Operasi kilang sawit punca pencemaran Sungai Sembrong digantung sebulan

Kilang-sawit-punca-pencemaran-Sungai-Sembrong-JAS.jpg

Kilang sawit punca pencemaran Sungai Sembrong di Kluang (Gambar Ehsan FB Der Rahmat)

Advertisement

KLUANG, 15 JUN: Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) mengarahkan sebuah kilang kelapa sawit di Kluang, Johor, menghentikan operasi selama sebulan kerana menyebabkan pencemaran Sungai Sembrong.

Ketua Pengarah MPOB, Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir, berkata arahan menghentikan operasi mengilang buah sawit berkuat kuasa serta-merta sehingga ditarik balik oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor, yang mengesan pencemaran itu.

Hasil penguatkuasaan terhadap kilang berkenaan, mendapati terdapat perlanggaran syarat lesen yang dikeluarkan JAS di mana berpotensi menyebabkan pencemaran akibat pelepasan efluen.

Advertisement

Susulan itu JAS Johor mengambil tindakan menggantung lesen operasi kilang itu selama satu bulan bermula 3 Jun sehingga 2 Julai depan atau sehingga JAS berpuas hati dengan pembaikan yang dilaksanakan.

“Penggantungan lesen selama satu bulan dikenakan kerana ketidakpatuhan kepada syarat lesen berkaitan pelepasan efluen dari premis.

“Notis arahan turut dikeluarkan kerana perlanggaran syarat selepas kilang itu gagal menjalankan penyelenggaraan ke atas sistem perparitan premis bagi memastikan resapan yang baik dan mengelakkan efluen mengalir memasuki alur air berdekatan,” kata Ahmad dalam satu kenyataan.

Advertisement

BACA: Lapan stesen bacaan udara di Johor rekod catatan baik

Tambah beliau, sekiranya kilang berkenaan gagal mematuhi arahan ini, MPOB boleh mengambil tindakan mengikut Peraturan 15, Peraturan-Peraturan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (Pelesenan) 2005.

Terdahulu, BH Online melaporkan berdasarkan siasatan JAS bersama MPOB, mendapati perbezaan air berwarna gelap bercampur dengan air sungai dari aliran punca industri yang disyaki, iaitu dari kilang kelapa sawit.

Advertisement

“Siasatan pencemaran sungai dilakukan oleh JAS bersama Jabatan Perikanan Cawangan Kluang dan wakil penduduk Orang Asli dari Kampung Sedohok, di mana kejadian ikan mati mula dikesan, susulan aduan yang diterima pada 2 Jun lalu.

“Siasatan dijalankan di sepanjang Sungai Sembrong menggunakan bot dan menyusuri sungai melalui daratan serta menjalankan pensampelan secara ‘in-situ’,” tambah kenyataan tersebut.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top