LEDANG, 26 MEI: Sikap parti PAS kerana membisu dalam isu kasino yang beroperasi dalam tempoh PKP terus dipertikai.
Ahli jawatankuasa Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Azhar Ismail berkata, perjuangan PAS, komponen parti dalam Perikatan Nasional (PN) selama ini seoalh-olah telah mati apabila telah menerima habuan kuasa dan jawatan.
“Ini semua menjelaskan wajah PAS sebenar. Semua rakyat dalam negara kini tahu selama ini PAS hanya berbohong ketika memperjuangkan isu judi.
“Kini selepas jadi kerajaan dan habuan telah diperolehi, mereka jadi ‘patung’ membisu dalam isu yang diperjuangkan mereka.
“Mana kata mahu memartabatkan Islam? Hal seperti pembukaan kasino ketika PKP dilaksanakan pun PAS tak mampu tangani,” tegasnya.
Beliau turut menempelak parti PAS yang membisu dalam isu ratu cantik dari Malaysia.
Katanya, parti itu sebelum ini lantang kononnya memperjuangkan isu aurat wanita ketika menjadi pembangkang, namun tidak mengotakan kata-katanya ketika menjadi kerajaan.
“Isu ratu cantik dari Malaysia, hilang suara menteri PAS. Semuanya jadi bisu dan penakut untuk berkata soal perjuangan mereka sebelum ini.
“Ternyata bila habuan, jawatan dan kuasa diperolehi PAS< mereka tidak langsung memikirkan soal akidah dan perjuangan mereka.
“Rakyat semakin jelas melihat kebenaran dan mengenali siapa itu PAS yang sememangnya hanya memperdagangkan agama demi kepentingan mereka sendiri,” tegasnya lagi.
Johorkini