BM | EN | 中文

Operasi Imigresen di Tambak Johor 12 jam sehari bermula Jumaat

KOMPLEKS_CIQ_Johor_Bahru.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 21 APR: Kerajaan membuat keputusan untuk mememdekkan operasi Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan agensi lain di pintu masuk Bangunan Sultan Iskandar, Tambak Johor dari jam 7 pagi hingga jam 7 petang bermula Jumaat ini.

Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob berkata, sebelum ini operasi di bangunan berkenaan adalah 24 jam bagi pergerakan keluar masuk rakyat Malaysia dan kenderaan komersial.

Namun katanya. pihak berkuasa akan memperketatkan kawalan di kesemua pintu masuk sempadan negara bagi memastikan aspek kawalan keselamatan sentiasa terjamin ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Advertisement

“Mesyuarat telah membuat keputusan untuk mengehadkan operasi JIM dan agensi berkaitan di pintu masuk Bangunan Sultan Iskandar dan Kompleks Sultan Abu Bakar, di Laluan Kedua.

“Masa operasi di Bangunan Sultan Iskandar Kastam, Imigresen dan lain-lain agensi dipendekkan dari 24 jam sebelum ini kepada 7 pagi hingga 7 petang bagi pergerakan keluar masuk rakyat Malaysia Singapura termasuk kenderaan komersial.

“Bagi Kompleks Sultan Abu Bakar, operasi berjalan seperti biasa iaitu 24 jam.

Advertisement

“Jika ada kecemasan untuk rakyat Malaysia pulang selepas waktu pusat di Tambak Johor) mereka boleh guna Link Kedua untuk pulang.

“Jika ada kecemasan,” katanya pada sidang media hari ini.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top