BM | EN | 中文

Operasi di Unit Diesel Hydro Treating, PIC dihentikan sementara

DSC_7332-scaled.jpg
Advertisement

KOTA TINGGI, 16: Operasi di Unit Diesel Hydro Treating (DHT), Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC) di sini dihentikan sementara siasatan berhubung kebakaran dan letupan dijalankan pihak berkuasa.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R Vidyananthan berkata, arahan itu dikeluarkan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH).

Katanya, kerajaan negeri sedia untuk memberi kerjasama berhubung kejadian itu.

Advertisement

“Fokus kini adalah pada aspek keselamatan bagi memastikan kawasan sekitar selamat khususnya buat pekerja.

“Operasi di unit terlibat kini dihentikan bagi membolehkan siasatan dibuat untuk mengenal pasti punca kejadian,” katanya yang turut memberitahu hasil siasatan akan dimaklumkan.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar yang diadakan di PIC, di sini hari ini.

Advertisement

Dalam kejadian yang berlaku lewat malam semalam itu, seramai lima pekerja maut manakala seorang cedera melecur dan seorang yang lain ditemui selamat.

Tambah Vidyananthan, pihaknya menegaskan kesemua langkah keselamatan telah diambil dimana kejadian yang berlaku merupakan kes terpencil.

“Namun begitu, kejadian itu perlu diambil iktibar dimana langkah keselamatan mungkin boleh dipertingkatkan lagi,” katanya yang turut memberitahu kesemua mangsa terlibat merupakan warganegara.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top