Op Selat: Lapan pegawai Imigresen didakwa esok dan Rabu

SPRM-MACC.jpg
Advertisement

PUTRAJAYA, 13 DIS: Seramai lapan pegawai Jabatan Imigresen yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerusi Op Selat bulan lalu akan didakwa di enam negeri berasingan pada esok dan Rabu ini.

Menurut sumber, dua pegawai daripadanya akan dituduh di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Kelantan dan di Mahkamah Sesyen Johor, pada esok.

Sementara itu, masing-masing seorang pegawai didakwa di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang, Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor dan Mahkamah Sesyen Melaka.

Advertisement

Katanya, seorang daripada mereka pula akan dituduh pada Rabu di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, Terengganu.

β€œMereka bakal dituduh atas kesalahan menerima wang sogokan setelah memperakukan cap keluar dan masuk pasport warga asing tanpa perlu keluar Malaysia,” katanya hari ini, lapor Utusan Digital.

Pada 16 November lalu, SPRM telah menjalankan satu operasi khas dengan kerjasama Jabatan Imigresen yang berjaya melumpuhkan aktiviti rasuah melibatkan sindiket yang menyalahgunakan pengesahan cap keluar dan masuk sempadan utama negara.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top