BM | EN | 中文

Op Selamat Tahun Baharu Cina fokus pada motosikal

IMG-20200123-WA0018.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 25 JAN: Op Selamat 16 yang dijalankan sempena sambutan perayaan Tahun Baharu Cina tahun ini akan memberi fokus kepada penunggang motosikal.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) PDRM, Datuk Mohd Nadzri Hussain berkata, hal itu kerana penunggang motosikal merupakan penyumbang terbesar kemalangan jalan raya.

Katanya, sepanjang lima hari Op Selamat 16 dijalankan bermula 18 Januari lalu, sebanyak 19,661 motosikal telah diperiksa.

Advertisement

“Daripada jumlah itu, banyak kesalahan melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal yang dicatatkan.

“Antara kesalahan itu termasuklah tiada lesen sebanyak 2,983 kes; tiada cukai jalan 1,779 kes; tidak memakai topi keledar 1,361 kes; tidak membawa lesen 681 kes; lesen tamat tempoh 589 kes dan ubahsuai motosikal 420 kes,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini kelmarin.

Advertisement

Tambah beliau, kesemua 7,500 pegawai dan anggota polis trafik di seluruh negara akan bertugas sepanjang Op Selamat 16 dilaksanakan.

“Untuk makluman, kesemua pegawai dan anggota JSPT di seluruh negara terlibat dalam operasi ini, dimana cuti mereka telahpun dibekukan.

“Harapan kami adalah untuk memastikan keselamatan pengguna jalan raya dan kelancaran trafik di seluruh negara sempena musim perayaan ini,” tambahnya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top