BM | EN | 中文

Op Selamat 16 dilancar sempena Tahun Baru Cina

IMG-20200116-WA0012.jpg

KUALA LUMPUR, 16 JAN: Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) PDRM melancarkan Op Selamat ke-16 sempena Tahun Baharu Cina bermula 18 Januari hingga 2 Februari depan.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Mazlan Mansor berkata, operasi tersebut bakal memberi tumpuan kepada kumpulan ‘mat rempit’ dan beberapa ‘lokasi panas’ telah dikenalpasti JSPT sepanjang pelaksanaan tempoh operasi.

“Op Selamat 16 akan diadakan bermula dari 18 Januari 2020 hingga 1 Februari 2020 secara ‘Total Enforcement and Services’.

“Pihak berkuasa akan bertindak tegas terhadap mereka yang didapati melanggar peraturan dan undang-undang jalan raya,” katanya.

Antara enam kesalahan utama Op Selamat yang akan dipantau adalah, memandu melebihi had laju, memandu di lorong kecemasan, memotong di garisan berkembar, emotong ‘queue’, tidak mematuhi lampu isyarat dan menggunakan alat komunikasi semasa memandu.

“Pengguna jalan raya yang didapati melakukan kesalahan-kesalahan tersebut, di mana saman maksimum RM300 akan dikenakan serta-merta kepada mereka,” katanya lagi.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top