BM | EN | 中文

OP SAR WARGA S’PURA HILANG BERKAYAK DIPERLUAS HINGGA PERAIRAN KUALA TERENGGANU

warga-singapura-hilang.png
Advertisement

KUALA TERENGGANU, 18 OGOS: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) warga Singapura Tan Eng Soon yang hilang ketika berkayak di perairan Mersing yang masuk hari ke-9 semalam diteruskan dengan sektor pencarian sejauh 300 batu nautika persegi dari perairan Kemaman hingga ke Kuala Terengganu.

Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kapten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata, 60 anggota daripada pelbagai agensi termasuk Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Polis Diraja Malaysia, dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia turut sama terlibat dalam usaha pencarian yang bermula pukul 8.00 pagi.

“Operasi SAR yang dikoordinasikan oleh APMM hari ini turut melibatkan aset laut sebanyak empat bot milik pelbagai agensi keselamatan.

Advertisement

“Waris mangsa serta wakil konsulat Singapura telah berada di jeti Zon Maritim Kemaman untuk mengetahui perkembangan terkini sepanjang usaha pencarian dilakukan,” katanya dalam satu kenyataan.

APMM juga menyeru kepada semua komuniti laut dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian itu agar segera menghubungi talian MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Terengganu di talian 09-6224357.

Tan, 62, dan seorang lagi rakan senegaranya, Puah Geok Tin, 57, dilaporkan hilang pada 8 Ogos selepas kayak yang dinaiki mereka terpisah dengan 13 lagi rakan di antara Pulau Sri Buat, Pahang dan Pulau Mertang di Mersing, Johor berikutan laut bergelora dan angin kuat.

Advertisement

Bagaimanapun, pada Rabu, mayat Puah ditemui di perairan Kuala Kemaman dan susulan penemuan itu , Pangkalan Operasi Hadapan (FOB) telah diwujudkan di pejabat Zon Maritim Kemaman, sejak Khamis lepas.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top