BM | EN | 中文

Op Khas Jangkar Haram periksa mengejut kapal di perairan Tompok Utara Johor

Op-Khas-Jangkar-Haram-Johor.jpg

Gambar Ehsan Komuniti Johor

Advertisement

JOHOR BAHRU, 27 MAC: Operasi Khas Jangkar Haram di perairan Tompok Utara Johor diteruskan semalam dengan menggunakan modus operandi gempur dan periksa mengejut terhadap kapal-kapal yang disyaki berlabuh secara haram dan mencurigakan.

Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata modus itu terpaksa dilaksanakan berikutan kedegilan sesetengah nakhoda kapal yang masih berlabuh secara haram dan enggan memberikan kerjasama untuk diperiksa.

Beliau berkata penggempuran dan pemeriksaan mengejut dilakukan oleh Pasukan Tindakan Khas (STAR Team) bersama pesawat udara dengan menggunakan teknik ‘fast roping’.

Advertisement

“Operasi ini melibatkan dua pasukan STAR Team, satu pesawat AW139 serta 11 aset laut yang digerakkan serentak bagi mengesan dan mengenal pasti kapal-kapal yang enggan memberikan kerjasama untuk diperiksa.

“Op Khas Jangkar Haram ini dilaksanakan dengan intensiti yang tinggi bagi mengatasi isu tersebut dalam masa yang singkat,” kata Nurul Hizam dalam satu kenyataan semalam.

Beliau memberitahu sejak operasi dilancarkan Rabu lepas, jumlah kapal yang masih berdegil dan bersauh secara haram berkurangan kepada 67 kapal semalam berbanding 105 buah pada hari pertama operasi.

Advertisement

Pengurangan statistik itu katanya, menunjukkan perkembangan positif dan diharapkan penurunan berkenaan berterusan.

Operasi ini akan diteruskan sehingga semua kapal yang berlabuh mematuhi undang-undang dan peraturan yang ditetapkan dalam Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 (MSO) atau keluar dari perairan Johor dengan segera.

“Keberkesanan operasi ini juga hasil sokongan hebahan agensi media tempatan dalam membantu usaha-usaha meningkatkan kesedaran dan kepatuhan undang undang dalam kalangan pemain industri perkapalan,” katanya lagi.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top