BM | EN | 中文

Op Benteng: 15 pendatang tanpa izin ditahan di Johor

Op-Benteng-15-pendatang-tanpa-izin-ditahan-di-Johor.jpg

Gambar Ehsan FB Orang Kota Tinggi

Advertisement

KUALA LUMPUR, 19 OKT: Pasukan Rejimen Pertama Kor Armor Diraja (1 K-A-D) menahan 15 pendatang asing tanpa izin warga Indonesia ketika melaksanakan Op Benteng di sekitar Pantai Tanjung Balau, Bandar Penawar, Johor, pagi tadi.

Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa kesemua pendatang tanpa zin itu ditahan dalam dua serbuan berasingan dan mereka baharu saja tiba di negara ini melalui jalan tidak sah.

Pasukan Quick Reaction Force (QRF) diaturgerakkan setelah menerima maklumat daripada anggota pos pemerhati mengesan kehadiran sebuah bot kecil sedang melakukan pendaratan migran di kawasan itu.

Advertisement

“Hasil penjejakan dan serbuan oleh pasukan QRF sekitar jam 5.45 pagi, pasukan telah menahan tujuh migran manakala dalam serbuan kedua sekitar jam 8.45 pagi pula berjaya menahan lapan orang lagi.

“Kesemua mereka yang ditahan adalah lelaki berusia 22 hingga 45 tahun sedang bersembunyi di hutan berhampiran pesisir pantai tersebut dipercayai baharu tiba ke negara ini,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, pihaknya turut merampas wang tunai mata wang tempatan dianggarkan bernilai RM718.50 dan matawang Indonesia IDR 14,458,100.00 Rupiah (RM4,094.64), 15 telefon bimbit serta empat utas jam tangan.

Advertisement

Kesemua mereka dibawa ke Markas Taktikal Tanjung Sepang untuk menjalani pemeriksaan dan saringan COVID-19 sebelum diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia dan laporan polis telah dibuat di Balai Polis Bayu Damai, Kota Tinggi, Johor.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top