BM | EN | 中文

Olimpik Tokyo 2020: Kerajaan Selangor beri RM10,000 setiap seorang kepada empat atlet negeri

olimpik-tokyo-2020.jpg
Advertisement

SHAH ALAM, 8 JUL: Kerajaan negeri Selangor akan memberi sumbangan wang tunai RM10,000 masing-masing kepada empat atlet negeri itu yang akan bersaing pada temasya Sukan Olimpik Tokyo, bermula 23 Julai ini.

Exco Sukan Mohd Khairuddin Othman berkata peruntukan RM10,000 setiap seorang itu diberi kepada permata sukan negeri iaitu Phee Jing En (renang), Lee Hup Wei (lompat tinggi), Gavin Kyle Green (golf) dan Farah Ann Abdul Hadi (gimnastik artistik) sebagai perbelanjaan mereka di sana.

“Apabila mereka berjaya membawa balik pingat, kita akan bentang dalam mesyuarat exco kemudian apa (ganjaran) yang sesuai untuk diberikan atas kejayaan mereka,” katanya selepas perjumpaan secara dalam talian bersama Phee, Lee dan Farah Ann hari ini.

Advertisement

Dalam pertemuan itu juga, Lee berkata buat masa kini beliau sudah bersedia untuk ke Tokyo walaupun masih dalam proses pulih daripada kecederaan buku lali di Kejohanan Olahraga Qosanov Memorial di Almaty, Kazakhstan, bulan lalu.

Bernama

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top