BM | EN | 中文

OKU Sentral sedia bantu wujudkan PPV Covid-19 pandu lalu – Ras Adiba

OKU-Sentral-sedia-bantu-wujudkan-PPV-Covid-19-pandu-lalu-Ras-Adiba.jpg

Gambar Ehsan FB Senator Ras Adiba Radzi

Advertisement

JOHOR BAHRU, 15 OKT: Persatuan OKU Sentral bersedia membantu mana-mana pihak atau kerajaan negeri bagi mewujudkan pusat pembenan vaksin (PPV) COVID-19 Pandu Lalu khusus kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dan warga emas pada masa akan datang.

Presiden Persatuan OKU Sentral Senator Datuk Ras Adiba Radzi berkata pihaknya akan menyediakan perkhidmatan terbaik kepada golongan berkenaan berdasarkan kejayaan persatuan itu dalam mengendalikan PPV di Pusat Akuatik Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) Arena Larkin, di sini dan Sime Darby Plantation Ara Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

“Kami sedia berkhidmat sekiranya dipanggil untuk memberi sokongan di mana-mana negeri yang memerlukan. Sekiranya ada yang ingin mendapatkan khidmat nasihat dan segi memberi sokongan kepada OKU kami juga berbesar hati untuk berkongsi pengalaman kami.

Advertisement

“Kebaikan PPV Pandu Lalu OKU Sentral adalah memudahkan proses suntikan khususnya buat OKU dan warga emas yang mana kami menguruskan pengunjung terdin daripada tujuh kategon OKU termasuk fizikal, mental dan masalah pembelajaran,” katanya.

Beliau berkata kepada pembenta pada hari terakhir operasi PPV Pandu Lalu OKU Sentral di Pusat Akuatik MBJB Arena Larkin, semalam.

Turut hadir Pengurus PPV Pandu Lalu OKU Sentral Dr Muhammad Khalis Safiq dan Ketua Penyelaras PPV Pandu Lalu OKU Sentral Zairul AdiIla Zani.

Advertisement

Ras Adiba yang juga Ahli Dewan Negara mewakili OKU berkata PPV dikhususkan kepada golongan OKU dan ahli keluarga mereka serta warga emas sebelum dibuka kepada awam telah memberikan kira-kira 20,000 suntikan dos vaksin COVID-19 jenis Sinovac sejak beroperasi pada 25 Ogos.

Beliau berkata mana-mana pihak berminat untuk membuka PPV tersebut khususnya di negeri-negeri yang masih mempunyai kadar vaksinasi rendah, mereka boleh berhubung dengan Persatuan OKU Sentral melalui platform media sosial.

Untuk rekod, PPV berkenaan dibuka kepada awam pada 20 Sept lepas.

Advertisement

Sementara itu, Dr Muhammad Khalis berkata pihaknya berterima kasih atas kerjasama diberikan pelbagai agensi dalam menjayakan proses vaksinasi termasuk penyedia perkhidmatan kesihatan swasta di PPV berkenaan iaitu Hospital Pakar KPJ Puteri.

PPV Pandu Lalu OKU Sentral itu adalah pusat vaksinasi khas untuk OKU yang kedua dikendalikan oleh OKU Sentral selepas PPV Pandu Lalu OKU Sentral di Sime Darby Plantation Ara Damansara.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top