BM | EN | 中文

OKU di Johor perlu daftar sebelum hadir PPV pandu lalu khas

ras-adiba-radzi-oku-ppv-johor.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 21 OGOS: Golongan orang kurang upaya (OKU) dan penjaga mereka dinasihat untuk mendaftar terlebih dahulu sebelum hadir ke pusat pemberian vaksin (PPV) pandu lalu di Pusat Akuatik Majlis Bandaraya Johor Bahru Arena Larkin di sini yang akan beroperasi Rabu ini.

Presiden Persatuan OKU Sentral Senator Datuk Ras Adiba Radzi berkata pendaftaran menerusi borang Google OKU Sentral perlu dibuat bagi mengelakkan bakal penerima vaksin datang secara jumpa terus atau ‘walk-in’ terutama dengan berjalan kaki yang mengundang bahaya kepada mereka.

“PPV ini akan dibuka pada 25 Ogos dan ramai telah mendengar tentang pembukaannya. Mereka mahu datang begitu sahaja, tidak boleh sebenarnya kerana PPV ini adalah secara pandu lalu. Sekiranya mereka berjalan kaki ke PPM kits khuatir is agak berbahaya.

Advertisement

‘Jika mereka datang (secara walk-in), kita akan beri bantuan kerusi roda dan daftarkan mereka. Namun mereka mesti berdaftar untuk diberi bantuan bagi mendapatkan vaksin: katanya ketika melawat Biro Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Johor di sini hari ini.

Ras Adiba, yang juga Pengerusi Bernama, berkata demikian ketika diminta mengulas pembukaan PPV secara pandu lalu khas untuk golongan OKU dan penjaga mereka di negeri itu.

Ahli Dewan Negara mewakili OKU itu berkata PPV khas untuk golongan OKU merupakan yang terbesar di negara serta dunia setakat ini dan telah menerima jumlah pendaftaran sebanyak 3,000 orang.

Advertisement

Selain OKU, tiga ahli keluarga atau penjaga mereka serta warga emas turut menerima vaksin di PPV itu yang akan beroperasi pada setiap Sabtu hingga Khamis dari 9 pagi hingga 5 petang.

Menyentuh mengenai PPV pandu lalu OKU pertama di Sime Darby Plantation Ara Damansara yang mula dibuka pada 16 Jun lepas, Ras Adiba berkata pihaknya menerima makium balas yang balk terutama dari segi kemudahan dan Iayanan.

‘Keunikan PPV pandu lalu ini adalah cara kami menyantuni mereka. Doktor, pembantu dan petugas-petugas lain termasuk sukarelawan telah diberikan penjelasan terlebih dahulu bagaimana mahu bercakap dalam menyantuni mereka.

Advertisement

‘Kita juga ada bilik tenang bagi mereka yang perlu diberikan Iebih perhatian. Ada katanya mereka mungkin berasa agak tidak selesa di dalam kereta kerana terlalu rapat selain ketakutan,” katanya.

Golongan OKU dan penjaga mereka yang ingin membuat pendaftaran bagi mendapatkan vaksin di PPV pandu lalu khas boleh melayari pautan https://forms.gle/gVXkojeAeo8Pru1v6.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top