BM | EN | 中文

“OH.. USTAZ KARMAINE KAMI KENAL”

IMG-20191109-WA0021.jpg
Advertisement

 

PONTIAN, 9 NOV: “Oh, calonnya Ustaz Karmaine, ustaz ini memang kami kenal”.

Demikian maklumbalas surirumah di Parlimen Tanjung Piai apabila calon diperkenalkan, kata Pengarah Pilihanraya Angkatan Wanita Amanah Nasional (AWAN) Selangor, Salmah Ismail.

Advertisement

“Rata-rata surirumah khususnya di DUN Kukup mengenali calon apabila kami jalankan kempen rumah ke rumah secara ‘random’ (rawak).

“Tentunya ini kelebihan yang ada pada calon Pakatan Harapan (PH).

“Selain daripada anak tempatan, beliau juga aktif dengan program masjid,” kata Salmah ketika ditemui pada program ramah mesra bersama pengundi di Pekan Nanas pagi tadi.

Advertisement

Tambahnya, setakat ini isu surirumah lebih bersifat umum, melainkan golongan wanita muda yang lebih khusus mengenai peluang pekerjaan.

Ketika ditanya dua calon dari Parti Gerakan dan bebas yang terdiri daripada wanita, Salmah berpendapat, perkara tersebut tidak memberi kesan terhadap sokongan wanita kepada calon PH.

“Apa yang dilihat, mereka (kedua-dua calon wanita) tidak memberi saingan, kerana calon kita anak tempatan dari Teluk Kerang menyebabkan golongan wanita lebih mengenali calon,” katanya lagi.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top