BM | EN | 中文

OdeJee pelawa orang ramai jadi penghantar makanan, vendor

Ode-Jee.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 15 NOV: Syarikat aplikasi penghantar makanan halal pertama tempatan, OdeJee yang bakal memulakan operasinya bulan depan, mempelawa orang ramai untuk menyertai anggota keluarga OdeJee dengan menjadi penghantar makanan sama ada secara sepenuh masa atau sambilan.

Pengerusi OdeJee Datuk Seri Ismail Alwasi Khan berkata penghantar makanan OdeJee bakal menerima pelbagai insentif menarik selain kebajikan mereka akan sentiasa dijaga.

“Untuk menjadi penghantar makanan, pemohon perlu memiliki lesen memandu yang sah dan motosikal berserta cukai jalan dan insurans yang tidak tamat tempoh.

Advertisement

“Penghantar OdeJee akan diberi beg penghantaran makanan, dua helai baju berlengan panjang, tag nama serta barangan keperluan lain,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Selain penghantar makanan, OdeJee turut mempelawa pengusaha restoran, kedai makan, trak makanan serta pengusaha makanan dan minuman untuk menjadi vendor.

Beliau berkata vendor-vendor OdeJee turut akan diberi pelbagai insentif dan dibantu untuk meningkatkan lagi perniagaan mereka.

Advertisement

“Semua vendor makanan dan minuman yang berdaftar di bawah OdeJee adalah berstatus halal, dimiliki serta diusahakan 100 peratus oleh umat Islam.

“Dengan slogan ‘Halal, Amal dan Berkat’, aplikasi OdeJee dijadual memulakan operasinya awal Disember ini di Johor Bahru dan kawasan sekitar seperti Pasir Gudang, Senai, Kulai sebelum ke seluruh negeri Johor dan negara pada awal tahun depan,” katanya.

Menurut Ismail, orang ramai yang ingin menjadi penghantar makanan dan vendor OdeJee, boleh datang berurusan ke pejabat OdeJee di No 84A, Jalan Padi Makmur, Bandar Baru Uda, di sini.

Advertisement

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Pengurus Pemasaran OdeJee, Yasid Sahilan menerusi talian 013-9217796, katanya.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top