BM | EN | 中文

OdeJee akan lebar sayap perniagaan ke Lembah Klang, Negeri Sembilan dan Melaka tahun depan

Odejee.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 3 NOV: OdeJee, aplikasi penghantaran makanan dan minuman halal yang pertama di negara ini, merancang untuk melebarkan sayap perniagaannya di sekitar Lembah Klang, Negeri Sembilan dan Melaka seterusnya ke seluruh negara pada suku pertama tahun hadapan.

Pengerusi OdeJee Datuk Seri Ismail Alwasi Khan berkata pada peringkat permulaan OdeJee akan beroperasi di Johor Bahru dan kawasan sekitar seperti Pasir Gudang, Senai, Kulai dan ke seluruh Johor menjelang akhir tahun 2020.

“Bagi memastikan aplikasi ini mematuhi syariah seiring dengan slogan OdeJee – Halal, Amal dan Berkat, pihak kami telah melantik tiga tokoh agama Johor sebagai ahli panel Penasihat Syariah OdeJee.

Advertisement

“Mereka ialah Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) Datuk Dr Noh Gadut, bekas Mufti Johor Datuk Mohd Tahrir Samsudin dan Pengurus Tabung Wakaf Rakyat Johor (TWRJ) Ustaz Mior Hazwan Abd Rani,” katanya menerusi satu kenyataan.

Ismail berkata sebanyak 40 peratus daripada keuntungan yang diperolehi akan diwakafkan dan disalurkan kepada Tabung Wakaf Rakyat Johor serta pertubuhan termasuk golongan yang layak, mengikut kelulusan Lembaga Amanah dan Jariah OdeJee yang dipengerusikan Noh.

“Secara tidak langsung menerusi pengagihan 40 peratus perolehan aplikasi ini, semua pihak daripada peniaga, penghantar makanan dan pembeli akan turut menyumbang dalam bentuk wakaf, amal dan jariah, sekali gus membangun bersama-sama ummah,” kata beliau.

Advertisement

Mereka yang ingin menyertai OdeJee, sama ada sebagai vendor, peniaga atau penghantar makanan boleh mendaftar menerusi odejee.com.my

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top