KUANTAN, 22 MAC: Pengendali aplikasi penghantar makanan halal pertama di Malaysia, Ode Jee mengembangkan sayapnya di Pantai Timur pula, dengan mernulakannya operasinya secara serentak di Pahang, Terengganu dan Kelantan pada minggu pertama April ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Ode Jee, Yussaini Ali berkata pihaknya menyasarkan untuk mendapatkan 1,000 vendor di setiap negeri di Pantai Timur, selain aplikasi itu dimuat turun oleh lima juta pengguna di seluruh negara secara berperingkat sehingga hujung tahun ini,
“Kita memulakan operasi di Johor Bahru, Johor pada 18 Januari lepas sebelurn melebarkan sayap di wilayah Pantai Timur ini, kemudian akan memulakan operasi di Lembah Klang, wilayah utara, Sabah dan Sarawak secara berperingkat.
“Aplikasi Ode Jee bukan hendak bersaing dengan syarikat penghantaran lain, tetapi lebih kepada memberi pilihan buat umat Islam yang mahukan kebersihan dari segi halal, kebersihan penyediaan dan penghantaran,” katanya lapor Bernama.
Yussaini berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pra Pelancaran Aplikasi Ode Jee di sini hari ini oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Pahang, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad.
Beliau memaklumkan 40 peratus keuntungan syarikat tersebut akan diinfaqkan kepada golongan yang memerlukan di setiap negeri mereka beroperasi.
Di Johor katanya, sumbangan akan diberikan kepada Tabung Wakaf Rakyat Johor selain menyediakan bank makanan.
Sementara itu, Syed Ibrahim berkata pihak kerajaan negeri Pahang menyambut baik usaha pengendali makanan seperti Ode Jee yang menampilkan kelainan dan mampu memenuhi permintaan orang ramai khususnya umat Islam di negeri ini.
Johorkini