BM | EN | 中文

Ode Jee beroperasi esok di Johor Bahru

ode-jee-official.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 17 JAN: Pengendali aplikasi penghantar makanan halal pertama di Malaysia, Ode Jee akan memulakan operasi di Bandaraya Johor Bahru dan kawasan sekitarnya bermula esok.

Pengerusi Ode Jee, Datuk Seri Ismail Alwasi Khan berkata perkhidmatan berkenaan akan diperluaskan secara berperingkat-peringkat dan dijangka dapat beroperasi sepenuhnya di seluruh Johor menjelang akhir bulan ini.

Ketika ini orang ramai boleh membuat pesanan menerusi aplikasi Ode Jee yang boleh dimuat turun menerusi Google Play Store dan Huawei Store.

Advertisement

“Pada masa ini, hanya pemilik telefon pintar yang menggunakan sistem Android dan Huawei sahaja boleh memuat turun aplikasi Ode Jee menerusi Google Play Store serta Huawei Store.

“Pengguna IOS pula boleh memuat turun aplikasi Ode Jee menerusi Apple Store tidak lama lagi,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurutnya lagi, sehingga kini aplikasi Ode Jee mempunyai lebih 1,000 vendor yang menawarkan pelbagai pilihan makanan termasuk minuman halal dan lebih 200 penghantar makanan di Johor.

Advertisement

Beliau dalam pada itu turut memberi jaminan bahawa makanan dan minuman yang ditawarkan oleh Ode Jee adalah mesra Muslim, halal dan mematuhi hukum syarak.

Bernama

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top