BM | EN | 中文

Nutrisi Kanak-Kanak Selangor bermula Jun, tangani isu bantut

Nutrisi-Kanak-Kanak-Selangor-bermula-Jun-tangani-isu-bantut.jpg

Rodziah Ismail memberi sumbangan duit raya kepada penghantar barang Rantaian E-Bekalan Digital Selangor (Seldec) di Pusat Konvensyen (SACC), Shah Alam pada 12 Mei 2021 (Gambar Ehsan SelangorKini)

Advertisement

SHAH ALAM, 13 MEI: Program Nutrisi Kanak-Kanak Selangor untuk keluarga berpendapatan rendah (B40) dijangka bermula pada Jun, kata Exco Kesejahteraan Bandar, Rodziah Ismail.

Rodziah berkata, golongan tersebut dibekalkan makanan seimbang selama enam bulan melibatkan peruntukan sejumlah RM1 juta.

“Inisiatif ini menyasarkan kanak-kanak bandar di Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan rumah kos rendah yang tidak menerima bahan makanan itu kerana kemiskinan.

Advertisement

“Kita sudah melaksanakan soal selidik melibatkan golongan sasar, Insya-Allah program ini akan berjaya dengan kerjasama pelbagai pihak,” katanya, lapor SelangorKini.

Beliau ditemui selepas menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada penghantar barangan bernaung Rantaian e-Bekalan Digital Selangor (Seldec) di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) semalam.

Belanjawan Selangor 2021 memperuntuk RM6 juta untuk program Bank Makanan Selangor di seluruh 56 Dewan Undangan Negeri (DUN).

Advertisement

Sejumlah RM1 juta daripada peruntukan itu digunakan untuk Program Nutrisi Kanak-Kanak Selangor yang menfokuskan
golongan berusia enam tahun ke bawah.

Pada 30 Oktober tahun lepas, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata kajian Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) di PPR Kota Damansara mendapati 33 peratus kanak-kanak di perumahan tersebut mengalami masalah pertumbuhan terbantut dan kekurangan nutrisi.

Johorkini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top