BM | EN | 中文

Nur Jazlan ibarat ‘Covid-19 dalam PN’, kata Exco Armada Bersatu

nur-jazlan-umno-johor.jpg
Advertisement

SHAH ALAM, 27 JUL: Exco Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Nasional, Muzzammil Ismail menyifatkan Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed ibarat koronavirus (Covid-19) dalam Perikatan Nasional (PN).

Muzzammil dipetik Sinar Harian sebagai berkata, ia ekoran kenyataan Nur Jazlan yang mendakwa hubungan antara UMNO dengan Bersatu tidak begitu kukuh meskipun bersama dalam gabungan kerajaan PN.

“Jika ada lima orang (pemimpin) macam Nur Jazlan maka terkuburlah kesepakatan PN yang kita semua bina di atas prinsip perikatan.

Advertisement

Muzzammil Ismail

“Kenapa perlu membuat kenyataan yang boleh menimbulkan rasa tidak senang dan spekulasi jahat bagi kedua-dua buah parti,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Sebelum ini Nur Jazlan berkata, Johor salah satu daripada negeri-negeri yang menjadi bukti ketegangan hubungan politik antara UMNO dan Bersatu.

Mengulas lanjut, Muzzammil menegaskan, sepatutnya sebagai pemimpin utama parti, Nur Jazlan perlu menjadi ejen penyatuan dan meyakinkan rakyat dengan keupayaan PN mengurus tadbir kerajaan.

Advertisement

Dakwanya, jika hal itu berterusan, PN terutama pemimpin seperti Nur Jazlan seolah-olah tidak bersyukur dengan apa yang PN kecapi sekarang.

“Sepatutnya fokus kepada kerja dan bantu rakyat jika 22 bulan sebelum ini Pakatan Harapan (PH) hanya sibuk berkelahi.

“Hari ini kita pula mengulangi kesilapan yang sama,” kata Muzzammil.

Advertisement

Beliau turut meminta pemimpin muda PN lebih agresif menonjolkan diri sebagai ejen atau pemimpin yang bekerja keras kepada rakyat berbanding mereka yang boleh digelar ‘dinosaur politik’.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top