BM | EN | 中文

Novel Coronavirus jadi modal perkauman sempit

covid-19-coronavirus-Covid-19.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 31 JAN: Susulan merebaknya wabak Novel Coronavirus yang bermula di Wuhan, China sehingga mencetuskan panik warga dunia, adalah sangat menyedihkan apabila ada pihak mengambil kesempatan mencetuskan sentimen perkauman.

Demikian luah ADUN Bekok, Dr S Ramakrishnan mengenai mereka yang menangguk di air keruh terhadap bencana penyakit ini terutama pengguna media sosial.

“Sepatutnya, waktu krisis begini rakyat Malaysia berganding bahu untuk selamat dari jangkitan virus, bukannya mengejek dan mensabitkan bencana ini kepada etnik-etnik tertentu.

Advertisement

“Kita berdepan dengan pilihan, sama ada berganding bahu melawan wabak ini atau terus menjadi ‘keyboard warrior’,” katanya.

Dilaporkan sehingga kini wabak coronavirus yang mula dikesan di Wuhan, China telah mengakibatkan lebih 200 kematian di negara tembok besar itu.

Tambah Ramakrishnan, adalah lebih baik kita sesama anggota masyarakat mengingatkan satu sama lain untuk mementingkan aspek penjagaan kebersihan dan amalan gaya hidup sihat.

Advertisement

“Wabak yang tersebar pada kadar yang membimbangkan pasti mewujudkan pergolakan.

“Oleh itu, penting untuk kita mengikuti langkah-langkah digariskan kerajaan dan saling berpesan antara satu sama lain.

“Mengingatkan satu sama lain dan mengamalkan gaya hidup sihat merupakan sumbangan yang boleh dilakukan setiap orang bagi membendung virus ini,” tambahnya.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top