BM | EN | 中文

Notis pemakluman pembukaan DUN Johor diserah minggu pertama Julai

suhaizan-kaiat.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 24 JUN: Notis pemakluman pembukaan semula Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor akan diserahkan kepada semua 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) seawal minggu pertama, Julai ini.

Speaker DUN Johor, Suhaizan Kaiat berkata, pihaknya mempunyai tempoh 21 hari untuk menyerahkan kesemua notis berkenaan sebelum DUN dijangka bersidang pada 12 Ogos nanti.

“Notis akan dihantar kepada semua wakil rakyat di negeri ini termasuklah kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga merupakan ADUN Gambir.

Advertisement

“Kita mempunyai masa yang mencukupi untuk membuat semua persiapan yang diperlukan bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) mengikut saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Antara prosedur yang mungkin akan dilaksanakan termasuk penjarakan kerusi kesemua ADUN serta pemasangan dinding penghadang,” katanya, lapor Bernama.

Suhaizan berkata, Pembukaan Penggal Persidangan Keempat persidangan DUN Johor yang akan diadakan di Kota Iskandar dekat Iskandar Puteri itu akan dirasmikan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.

Advertisement

Sultan Ibrahim menerusi Facebook rasminya semalam berkenan agar persidangan DUN Johor diadakan pada 12 Ogos ini.

Baginda bertitah persidangan DUN itu bagi membolehkan kesemua wakil rakyat yang dilantik bersidang demi kepentingan rakyat dan negeri Johor.

Johorkini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top