BM | EN | 中文

Noralam sanggup tinggal jawatan pegawai untuk jadi petani moden

ekspo-tani.jpg

Noralam ketika anugerah agro prenuer mudajaya peringkat negeri Johor daripada Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal

Advertisement

Sanggup meninggalkan kerjaya sebagai seorang pegawai di sebuah syarikat konglomerat semata-mata mahu menjadi seorang petani moden.

Namun, ternyata keputusan itu berbaloi bagi seorang anak muda di Felda Semenchu dekat Kota Tinggi, Johor.

Lebih membanggakan baru sahaja tujuh tahun menceburkan diri dalam bidang itu, Mohamad Noralam Sahroni, 40 pernah menerima anugerah agro prenuer mudajaya peringkat negeri Johor.

Advertisement

Noralam menunjukkan kebunnya yang diusahakan secara fertigasi sejak tujuh tahun lalu

Katanya, tidak dinafikan pada awalnya orang sekeliling kurang yakin dengan keputusan diambil namun berjaya meraih kepercayaan mereka setelah berjaya mengusahakan kebun cilinya.

Menurutnya, dari sebidang kebun fertigasi yang diusahakan di atas tanah rizab milik Felda, perniagaannya semakin berkembang maju apabila beliau kini mempunyai pusat sehenti fertigasi sendiri.

“Pusat sehenti di sini memiliki empat elemen yang pertama akademi latihan fertigasi, kedua pusat jualan barang-barang pertanian, pusat pengumpulan hasil pertanian dan kebun fertigasi.

Advertisement

“Kami juga membuat kerjasama bersama agensi-agensi kerajaan seperti Felda, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Jabatan Pertanian, Fama, Tekun dan Peladang.

“Bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi apa yang kami lakukan juga untuk komuniti bertujuan untuk membantu menjana pendapatan peneroka di sini antaranya melalui Program Pembangunan Peneroka.

MoU antara Felda, Jabatan Pertanian dan syarikat milik Noralam untuk program inisiatif ekonomi tambaham peneroka yang akan kita laksanakan suku kedua tahun ini.

“Di mana kita mensasarkan 100 peneroka mendapat manfaat melalui usaha dibawah inisiatif ekonomi tambahan peneroka yang akan kita laksanakan suku kedua tahun ini. Selain itu peserta yang dipilih disini rata-ratanya adalah peneroka, penerokawati Felda,” katanya kepada Johorkini.

Advertisement

Tambahnya, pihaknya juga kini sedang membuat kerjasama dengan Jabatan Pertanian dan PPD Kota Tinggi untuk menggalakkan penjualan sayuran dan buahan segar dihasilkan petani yang kualiti dan selamat dimakan di kantin sekolah.

Pencapaian itu sekali gus membuktikan bahawa golongan belia yang dahulunya terlibat dalam aktiviti kolar putih juga mampu berjaya dalam bidang pertanian.

Bagi Mohamad Noralam sendiri, ramai anak muda sekarang lebih minat dengan kerja-kerja di pejabat, tidak kena matahari dan selesa.

Advertisement

Namun baginya, dia melihat pertanian mampu menghasilkan pendapatan yang lumayan jika fokus diberikan, tambahan lagi dengan hadirnya teknologi baru fertigasi dan IOT.

“Bagi 2020, kami menyasarkan penjualan hasil tani terus kepada pengguna dan telah mengenalpasti potensi pasaran sebanyak RM1.8 juta sebulan di Kota Tinggi sama ada jualan secara terus atau dalam talian.

Noralam menyantuni Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang melawat pameran tanaman fertigasi

“Tambahan pula pada hari ini pihak kerajaan telah menyediakan banyak peluang terutamanya bagi golongan muda seperti saya untuk menjadi usahawan tani lebih-lebih lagi di Johor ini.

Advertisement

“Melalui bidang ini saya juga mempunyai masa yang lebih fleksibel disamping dapat sentiasa meluangkan masa berkualiti bersama keluarga antara sebab dia mahu menceburi bidang tersebut.

“Jika sebelum ini saya hanya dapat berjumpa dengan keluarganya di kampung setahun sekali, namun kini setiap hari saya dapat meluangkan masa bersama mereka,”katanya lagi.

Beliau juga tidak menafikan kejayaan diperolehi hari ini bukan datang dari jalan yang mudah bahkan pelbagai cabaran dan dugaan telah ditempuhi.

Advertisement

Bagaimanapun katanya, berkat usaha doa serta sokongan dari keluarga serta rakan-rakan juga semangat tidak putus asa membuahkan hasil pada hari ini.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top