BM | EN | 中文

NORAINI TERHARU DAPAT BANTUAN GERAN ORANG LOKAL

geran.png
Advertisement

PONTIAN, 27 OKT: 25 Oktober lalu merupakan hari bermakna bagi Noraini Abdullah, 42 sepanjang berkecimpung dalam perniagaan nasi lemak di Taman Sri Mahkota, Benut.

Noraini yang juga peneraju Amir Jaya Interprise merupakan salah seorang daripada 25 usahawan dari Pontian yang terpilih menerima Geran Orang Lokal (GOL) bernilai kira-kira RM10,000.

Menurut Noraini, dia rasa amat terharu kerana perniagaan nasi lemak yang diusahakan mendapat sokongan dari kerajaan walaupun diusahakan secara kecil-kecilan.

Advertisement

“Walaupun peniagaan ini sudah lama saya usahakan, namun saya benar-benar serius dalam masa setahun kebelakangan ini.

“Berkat kesungguhan dan rezeki, perniagaan yang dulunya sampingan kini berkembang, sudah tentu perlukan dana yang lebih besar”

“Dengan suntikan dana dari GOL, saya berpeluang untuk kembangkan perniagaan dan lebih yakin untuk meniaga dengan serius,” katanya kepada Johorkini.

Advertisement

Noraini juga percaya geran inisiatif dari kerajaan negeri ini mampu mendorong rakyat Johor untuk menjadi usahawan.

GOL merupakan program yang dilaksanakan Perbadanan Usahawan Johor Sdn Bhd (PUJB) bagi menawarkan bantuan dalam bentuk mesin atau peralatan, rekabentuk, pelabelan, pembungkusan dan pendaftaran harta intelek serta untuk membangunkan laman web atau e-dagang, dan berkaitan pendigitalan perniagaan.

Geran tersebut mengutamakan usahawan yang belum pernah menerima mana-mana bantuan kerajaan negeri Johor dalam tempoh tiga tahun, dan pemohon hendaklah mempunyai nilai jualan tahunan kurang RM300,000 atau bilangan pekerja sepenuh masa kurang daripada lima orang.

Advertisement

Antara syarat permohonan ialah, pemohon adalah penduduk tetap negeri Johor atau mereka yang telah bermaustatin di Johor sekurang-kurangnya lima tahun berturut-turut dan berumur 18 hingga 60 tahun semasa memohon.

Selain itu, pemohon beroperasi dengan premis di Johor selama enam bulan keatas mengikut tarikh pendaftaran dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Kategori bantuan termasuklah makanan dan minuman, percetakan, jahitan, automobile, gunting rambut, spa dan kecantikan, jurugambar, pendawaian elektrik, kimpalan, industri kreatif serta lain-lain perkhidmatan berinovasi.

Advertisement

Geran disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Sheikh Umar Bagharib Ali di Karnival Temu Sepakat Usahawan di Pontian, 25 Oktober lalu.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top