BM | EN | 中文

Noraini patut fokus jadual kuliah, survival mahasiswa – Adun Paloh

YB-Sheikh-Omar-Bagharib-Ali-1024x768.jpeg
Advertisement

KLUANG, 9 APR: Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Noraini Ahmad sepatutnya memberikan tumpuan kepada isu melibatkan mahasiswa dan institusi pengajian tinggi (IPT) di Malaysia, lebih-lebih lagi pada fasa penularan wabak Covid-19.

Adun Paloh, Sheikh Umar Bagharib Ali berkata, perkara tersebut yang sepatutnya difikirkan Noraini, berbanding menganjurkan pertandingan ‘Tik Tok pada malam Nisfu Sya’ban.

“Mahasiswa bergelut dengan isu jadual kuliah atau pengajian yang terganggu, survival makan dan minum selama tinggal di hostel masing-masing, sistem pengajian menerusi dalam talian dan bermacam-macam lagi.

Advertisement

“Apakah menteri tidur? soal Sheikh Umar yang juga Ketua Pemuda DAP Johor.

Katanya lagi, terdapat polisi-polisi lebih serius yang perlu diberikan keutamaan bagi membela nasib mahasiswa di kampus yang kini berdepan fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Contohnya program foodbank mahasiswa yang boleh dibuat secara lebih tersusun dengan kerjasama KPDNHEP (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna),” katanya.

Advertisement

Tambah Sheikh Umar, kementerian pengajian tinggi seharusnys mewujudkan medium pengajian dalam talian yang lebih bersepadu dengan kerjasama MOSTI (Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi) atau KKMM (Kementerian Komunikasi dan Multimedia).

“Pada tahap ini saya lihat, Noraini gagal. Bermula dengan isu pengarahan tidak jelas kepada mahasiswa samada untuk pulang ke kampung halaman atau kekal di hostel, kolej, universiti masing-masing sewaktu awal-awal PKP dikuatkasakan, kini Menteri ajak tik tok pula,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top