JOHOR BAHRU, 15 OGOS: Polis hari ini mengesahkan remaja Ireland, Nora Anne Quoirin yang ditemui mati, bukan mangsa culik, lapor Sinar Harian.
Hasil bedah siasat yang dijalankan semalam juga menunjukkan mangsa tidak dirogol.
Dalam satu sidang media di Seremban, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata mangsa meninggal dunia kerana kebocoran pada usus kerana tidak mendapat makanan dalam masa panjang.
Kes tersebut turut mendapat perhatian media antarabangsa, dimana terdapat juga agensi media luar negara berkampung di Seremban bagi melaporkan insiden tersebut.
Remaja istimewa tersebut ditemui mati tidak jauh dari resort penginapan keluarganya, Resort The Dusun Pantai Hill, selepas 10 hari dilaporkan hilang.
Sumber: Sinar Harian, Metro