BM | EN | 中文

Nitizen bengang tular video ustazah disuruh merangkak

ustazah-merangkak-e1582623277306.jpg

Tangkapan layar video di mana seorang ustazah disuruh merangkak oleh seorang wanita.

Advertisement

JOHOR BAHRU, 25 FEB : Marah, geram, bengang, sedih! Itu antara respon nitizen susulan tular sebuah video di mana seorang ustazah disuruh merangkak oleh seorang wanita.

Dipercayai wanita berkenaan merupakan ibu kepada seorang kanak-kanak yang dikatakan tidak berpuas hati ekoran guru terbabit menghukum anaknya dengan perlakuan demikian.

Menerusi rakaman berkenaan, kedengaran suara seorang wanita dipercayai ibu murid menerjah masuk ke dalam kelas untuk bertemu dengan ustazah terbabit sebelum disuruh merangkak.

Advertisement

Seorang pengguna Facebook meluahkan, perkara tersebut tidak patut berlaku kerana guru adalah orang yang wajar disanjungi kerana mendidik anak-anak.

“Tak patut betul mak budak tu..guru adalah orang yang patut kita sanjungi kerana dia yang mendidik anak2 kita untuk menjadi manusia yang berguna suatu hari kelak..moga mak budak itu cepat sedar akan kesilapannya..,”katanya.

Seorang lagi pengguna turut meluahkan rasa sedih diatas tindakan ke atas ustazah tersebut.

Advertisement

“Menitis air mata saat Ustazah itu merangkak 😭😭😭..sebelum anak pergi sekolah Agama tadi sempat tunjuk n ingatkan anak supaya memuliakan seorang yg bergelar Ustazah..😭😭,”katanya.

Tiada maklumat terperinci mengenai lokasi sekolah berkenaan namun berdasarkan pakaian murid menunjukkan ia berlaku di sebuah sekolah agama.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top