BM | EN | 中文

Nilai kerja pembinaan susut 14.2 peratus pada suku keempat 2020 – DoSM

tapak-pembinaan.jpg

Gambar Hiasan

Advertisement

KUALA LUMPUR, 10 FEB: Nilai kerja pembinaan menguncup 14.2 peratus berasaskan tahun ke tahun kepada RM31.7 bilion pada suku keempat 2020, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata subsektor aktiviti pertukangan khas memacu pertumbuhan yang lebih tinggi pada 29.3 peratus bagi tempoh yang sama.

“Tiga subsektor lain, iaitu subsektor kejuruteraan awam merosot 25.0 peratus, subsektor bangunan kediaman (-10.9 peratus) dan subsektor bangunan bukan kediaman (-6.3 peratus),” katanya dalam kenyataan mengenai Statistik Pembinaan Suku Tahunan, Suku Keempat 2020 yang dikeluarkan DOSM pada Rabu.

Advertisement

DOSM menjelaskan pada suku keempat 2020, subsektor kejuruteraan awam kekal mendominasi nilai kerja pembinaan bagi 21 suku tahun berturut-turut sejak suku keempat 2015 dengan sumbangan 39.6 peratus.

Ini diikuti bangunan bukan kediaman (27.5 peratus), bangunan kediaman (25.4 peratus) dan aktiviti pertukangan khas (7.4 peratus), menurutnya.

Menurut jabatan itu, sektor swasta terus mendorong pertumbuhan aktiviti pembinaan dengan menyumbang 55.7 peratus atau RM17.7 bilion daripada jumlah nilai kerja pembinaan berbanding dengan sektor awam yang menyumbang 44.3 peratus nilai kerja pembinaan (RM14.0 bilion).

Advertisement

“Pada 2020, nilai kerja pembinaan menguncup 19.4 peratus kepada RM117.9 bilion berbanding dengan RM146.4 bilion pada 2019.

“Semua subsektor mencatatkan penurunan dalam nilai kerja pembinaan di mana subsektor kejuruteraan awam menguncup 24.0 peratus, subsektor bangunan kediaman (-17.2 peratus), subsektor bangunan bukan kediaman (-17.1 peratus dan subsektor aktiviti pertukangan khas (-2.1 peratus),” jelasnya.

Menerusi kenyataan berasingan, DOSM juga menjelaskan Indeks Kos Bahan Binaan Bangunan (IKB) tanpa bar keluli bagi hampir semua kawasan di Semenanjung Malaysia meningkat di antara 0.1 dengan 2.0 peratus bagi hampir semua ketagori bangunan pada Januari 2021 berbanding dengan bulan sebelumnya.

Advertisement

Bagaimanapun, IKB di kawasan E (Pahang) dan F (Terengganu dan Kelantan) menurun di antara 0.1 dengan 1.0 peratus bagi hampir semua kategori bangunan, menurutnya.

IKB termasuk bar keluli bagi hampir semua kawasan di Semenanjung Malaysia meningkat di antara 0.1 dengan 2.1 peratus bagi hampir semua kategori bangunan kecuali bangunan (K.T.) lima tingkat dan lebih (untuk penginapan) dan bangunan (K.T.) lima tingkat dan lebih (untuk pejabat) yang menunjukkan penurunan 0.1 peratus di kawasan D (Johor), menurut jabatan itu.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top