BM | EN | 中文

Nilai ganjaran pemberi maklumat jenayah cemar air akan diumum – Lembaga Urus Air Selangor

Lembaga-Urus-Air-Selangor-LUAS.jpg
Advertisement

HULU LANGAT, 21 NOV: Nilai ganjaran kepada kepada pemberi maklumat jenayah cemar air akan diumum dalam masa terdekat, kata pengarah Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Hasrolnizam Shaari.

Katanya pemberian ganjaran antara perkara terkandung dalam pindaan Enakmen Lembaga Urus Air Selangor LUAS 1999 yang diluluskan Dewan Negeri Selangor pada 9 November tahun lalu.

“Lembangan sungai di Selangor ini agak luas dan kita telah aktifkan pelaksanaan pemberian ganjaran kepada individu yang boleh membantu agensi kenal pasti pihak mencemarkan sumber.

Advertisement

“Setakat ini kaedah pelaksanaannya sudah dipersetujui…cuma dari segi nilai belum lagi ditetapkan, mungkin dalam masa terdekat,” katanya, lapor SelangorKini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program Sungai Sekamat-River Plogging di Kampung Batu 13 di sini, semalam.

Pindaan Enakmen LUAS dilulus di Dewan Negeri Selangor pada 9 November setelah gangguan bekalan air kerap berlaku akibat pencemaran sungai yang menyebabkan loji rawatan air dihenti tugas.

Advertisement

Pindaan tersebut antaranya menambah peruntukan penjara mandatori, menambah jumlah denda minimum RM200,000 dan maksimum RM1 juta.

Selain itu LUAS juga boleh mengarahkan pesalah kes pencemaran air membayar kos kerja pembersihan serta memberi ganjaran kepada pemberi maklumat jenayah cemar air.

Johorkini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top